Yuran Persatuan

•Yuran bulanan RM 6.00 sebulan. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan pada minggu pertama tiap-tiap bulan dan dihantar kepada Bendahari Persatuan.

•Sebarang kenaikan yuran hendaklah diputuskan dalam mesyuarat Badan Perwakilan.

•Semua sumbangan yuran kepada persatuan sepanjang perkhidmatan seseorang Pegawai Penjara itu adalah menjadi hak persatuan. Wang tersebut tidak boleh dituntut kembali.

•Bendahari hendaklah memastikan setiap ahli membayar yuran persatuan pada setiap bulan. Jika tidak demikian ia hendaklah memaklumkan kepada Ketua Institusi berkenaan secara bertulis.

•Seseorang ahli yang terhutang yurannya selama 3 bulan berturut-turut hendaklah menjelaskan jumlah tunggakan yuran tersebut.