Keahlian Persatuan
•Pegawai-pegawai Penjara yang berpangkat Timbalan ketua Pengarah Penjara hingga ke pangkat Warder Penjara adalah secara automatik menjadi Ahli persatuan selagi ia berkhidmat di Jabatan Penjara.
•Mana-mana Pegawai Penjara yang telah tamat atau ditamatkan perkhidmatannya dengan Jabatan Penjara, maka ia tidak berhak membuat apa-apa tuntutan daripada Persatuan.
•Semua Ahli Persatuan mempunyai hak yang sama kecuali dalam perkara-perkara yang tertentu dinyatakan didalam undang-undang Persatuan ini.